Sedikit info utk di share bersama kawan2...
Info Kesihatan - Jangkitan Mata (Eye Infection)
Sempena
tengah pulih dari jangkitan mata sejak dua hari ini, saya luangkan
sikit masa cari info tentang penyakit ini. Ya lah, dapat juga berkongsi
dengan semua pembaca blog saya ini.
Rasanya semua dah biasa kena
sakit mata, tapi mungkin tak tahu apa sebab dan akibatnya. Paling
penting adalah untuk mengelak daripada penyakit ini dari berjangkit
kepada orang lain.
Maklumlah jangkitan mata ini
adalah penyakit boleh berjangkit.Kalau pergi kerja pun sure bos halau
balik nanti, sebab takut berjangkit kepada orang lain.
Apakah itu "jangkitan mata"?
Jangkitan mata
adalah satu penyakit mata yang disebabkan oleh bakteria, viral atau
agen fungal. Ada beberapa jenis jangkitan mata, akibat dari sebab-sebab
berlainan dan setiapnya memerlukan rawatan yang berbeza. Jangkitan boleh
berlaku di mana-mana bahagian mata, sama ada sebelah mata atau di
kedua-dua belah mata. Ianya juga boleh berjangkit dengan semua orang
tak kira berapa usia mereka.
Jenis-jenis Jangkitan mata:
- Pink Eye (conjunctivitis)
- Stye
- Blepharitis
- Cellulitis
- Keratitis
- Corneal Ulcer
- Trachoma
- Virus Herpes Simplex
- Herpes Zoster (shingles)
Tanda-tanda Jangkita mata:
- Kemerahan mata
- Rasa gatal di bahagian mata
- Rasa tidak selesa
- Penglihatan jadi kabur
- Air mata berlebihan
- Sakit mata
- Bengkak di kelopak dan bahagian sekitar mata
- Pengulasan di kelopak mata
Rawatan jangkitan mata:
Perkara paling penting bila kena
jangkitan mata, adalah untuk pergi jumpa doktor untuk pemerikasaan dan
diskripsi rawatan yang betul. Dapatkan nasihat dari doktor tentang punca
penyakit dan cara untuk mengelak penyakit ini berjangkit kepada orang
terdekat.
Antara perskripsi rawatan mata
yang biasa termasuklah pelindung mata, air titis mata, krim dan
antibiotik. Rawatan adalah berbeza mengikut jenis-jenis jangkitan mata
yang berlaku, ada yang mungkin perlukan perhatian segera dan khusus dari
doctor. Anda mungkin dinasihtkan supaya menjauhi tempat yang ramai
orang, memakai pelindung mata dan menyapu krim anti-jangkitan.
Masa untuk pulih juga bergantung
kepada sebab dan jenis jangkitan, ada yang memerlukan beberapa hari,
dan ada sampai berminggu. Kalau penyakit masih tak sembuh malah semakin
teruk, lebih baik anda berjumpa dengan pakat mata dengan segera.
Bagaimana mengelak jangkitan mata:
Terdapat
jenis-jenis jangkitan mata yang lebih mudah untuk berjangkit. Jika anda
mempunyai jangkitan mata atau berada dekat dengan seseorang yang terkena
jangkitan mata (seperti suami, anak, ataupun rakan sekerja), gunakan tip-tip berikut untuk mengelak jangkitan merebak:
- Kerap membasuh tangan, dan dengan cara yang betul (cara terbaik dan efektif).
- Elakkan dari menyentuh muka dan mata.
- Elakkan alat solekan mata, jangan kongsi alat solekan mata.
- Jangan kongsi tuala, bantal, dan lain-lain pakaian. Gunakan pakaian bersih setiap hari.
- Jika terkena jangkitan, elakkan memakai kanta lekap.
- Jangan kogsi ubat rawatan mata, dapatkan nasihat dari doktor.
- Sentiasa jaga mata dalam keadaan berangin, panas, berhabuk dan keadaan cuaca yang teruk.
- Pakai cermin mata keselamatan ketika dekat dengan bahan kimia.
- Basuh tangan sebelum dan selepas, jika menyentuh mata orang lain.
- Laporkan dan jumpa segera doktor terdapat tanda-tanda jangkitan mata.
JAGALAH KESIHATAN ANDA, HIDUP SECARA SIHAT.
Sumber:
EyeHealthWeb - http://www.eyehealthweb.com/conditions/eye-infections/
ALL About Vision - http://www.allaboutvision.com/conditions/eye-infections.htm
Sedihnye aku yang kene sakit mata nie.. huhuhu..
Dari hari SABTU, sampai la ke hari nie...
Macam malas pulak nak pergi klinik..
huhuhu...
Mood : Rehatkan mata.. Pejam la kot.. hahaha
~Love Peace Unite~
No comments:
Post a Comment