Nuffnang Ads

Friday 30 August 2013

DKICT BPM KKM

Entry panas hati..

jom tgk apa email yg kami2 dapat...

Berkaitan permainan elektronik
ok, cube korg pikir sendiri...

Kami main PES (Pro Evolution Soccer 2013), menggunakan NOTEBOOK sendiri, waktu rehat dan TIDAK menggunakan capaian INTERNET. Jadi ikut celah mana yang punca kami main PERMAINAN ELEKTRONIK ini menjadi punca LINE INTERNET di BPM KKM SLOW??

Habis yang KRONI2 die dok keje bukak FACEBOOK, YOUTUBE, DOWNLOAD TORRENT yang sah2 kami xde ACCESS pun untuk bukak bukan punca ke?

Kami2 nie golongan terpencil nie boleh bukak FACEBOOK dan YOUTUBE hanya pada waktu REHAT 1.00 - 2.00 SAHAJA

Selepas itu cakap kami nie MEMBAZIR ELEKTRIK KERAJAAN sebab main untuk tujuan PERIBADI. Habis yang korg2 dok charge HandPhone, IPAD, TAB, NOTEBOOK dan berbagai2 lagi xmembazir la?

Tolong la jadi golongan cerdik pandai cikit. Kalau rase nak berdebat, mari...

p/s : tak pasal2 aku g study DKICT.. hahaha

~Love Peace Unite~


Wednesday 28 August 2013

Open House Avnet dan IBM di Kelab Tasik Putrajaya

Biarlah Gambar Berbicara....

Dekat Pintu Depan

Registration Table... Dapat la Door Gift...

Muke Jumaidi berharap dapat cabutan bertuah sebab die letak 2 NAME CARD.. hahaha

Door Gift.. Kipas Lipas dan Balang (dalam ade cokelat)

Menu? Kambing, Sosej n fish n chip...

Sebahagian dari org yang hadir.. byk lagi kt tepi2 dan belakang tuuu...

Instax Photo... tahun lepas dapat, tahun nie pn dapat...

Desert... ABC tawar.. kurangkan MANIS dalam mknn n minuman, Lebihkan MANIS dalam senyuman...


Tunggu la tahun depan ade ke x.. hehehe

kenduri kawen Nasionalisme Idris Shah

Assalammualaikum...

Kenduri ofismate...

Nasionalisme Idris Shah Bin Abd Rahman...


Jom terjah MELAKA!!


My Own spagetti resepi...

Assalammualaikum..
Semalam blur.. xtau nk makan malam ape..
so aku n wife pn decide la nk mkn ala2 itali ckit..

Tada!!!!

nyum2... Sos die....

Kali nie amik Spagetti.. Selalunye ambil angel hair... layannnn
So ape kesudahannye??

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Dah habis.. gambar pinggan pn lupe nak amik.. hahaha

Breakfast di kala cuti...

Lame xmakan nie... Layan....

Nyum2...
abis 2 mangkuk.. hahahaha


Angkasawan in da making...





 Assalammualaikum...
Selepas pergi Cucuk Eirfan kat klinik, terus la jenjln kat alamanda. Planning nk pergi makan kat RASA je. Sekali time jalan, ternampak la suit angkasawan nie dari S-26. Ape lagi.. Terus la bawak eirfan bergambar.. hehehe

Ade rupe angkasawan x? hehehe


Amik suit besar sikit..

close up!

Sunday 25 August 2013

Myvi Empire Meeting di Ghulam Mee Kota Damansara.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.






Makan dulu baru meeting. Hahaha..
Gambar meeting xsempat amik sebab PREZ marah..
hehe..

keep up the good work. Akan terus support MEMC.

~Love Peace Unite~

Bersoping Di NSK Kuchai Lama

Semalam jam 8 mlm aku dan wife bersiap2 nak pergi beli barang dapur di NSK.
Mula2 ingat nak pergi NSK Balakong je tapi ade member cakap NSK Balakong kecik, better pergi dekat kuchai lama. So aku pn gerak la pergi ke NSK.

Ade 1 je gambar sebab sibok bergilir2 dukung Eirfan.

nie separuh
Penuh 1 troli, gambar tu lom abis shopping lagi. hahaha...
Macam wife aku cakap la. Berbaloi la datang sini. So aku rase bulan depan pun datang sini lagi la kot..

p/s : susu anak dan pampers mahal. Darusalam jugak murah.. hahaha

~Love Peace Unite~

Kayuhan Ceria 25/08/2013

Assalammualaikum.
Nak cerita sikit pengalaman menjadi Marshall untuk Kayuhan Ceria Anjuran Perbadanan Putrajaya.

Macam mane boleh jadi Marshall? Biasa la.. Bidan terjun punye. Last minit member call mintak tolong jadi Marshall. Layankan aje.

Trek sejauh 14KM, sedikit gambar untuk tatapan. Kelu lidah untuk berbicara.. hehehe

Baju FREE!!! hahaha.. PINK KALER OK!

Barisan Marshall Moto Besar. Kene berkumpul seawal 6.30 PAGI.. @_@

Box abg nie xleh bukak sebab belom breakfast katenye.. hahaha

Starting n Finish line.. Start berkayuh jam 8.00 Pagi

Bergambar bersama sponsor pada hari itu, POS MALAYSIA.

Partner Marshall. Kami Belakang sekali. Layannnn...

Selesai upacara menjadi Marshall. CABUTAN BERTUAH TIME!!!

Nie la moto2 Marshall. Moto aku kecik je. so letak hujung2.. hahaha
Ok la. Next month ade lagi. Mintak2 la moto SYM aku dah keluar hospital, baru best jadi marshall naik moto SYM.. hohoho...

~Love Peace Unite~

Sakit Mata...

Assalammualaikum.
Sedikit info utk di share bersama kawan2...

Info Kesihatan - Jangkitan Mata (Eye Infection)

  
Sempena tengah pulih dari jangkitan mata sejak dua hari ini, saya luangkan sikit masa cari info tentang penyakit ini. Ya lah, dapat juga berkongsi dengan semua pembaca blog saya ini. 

Rasanya semua dah biasa kena sakit mata, tapi mungkin tak tahu apa sebab dan akibatnya. Paling penting adalah untuk mengelak daripada penyakit ini dari berjangkit kepada orang lain.

Maklumlah jangkitan mata ini adalah penyakit boleh berjangkit.Kalau pergi kerja pun sure bos halau balik nanti, sebab takut berjangkit kepada orang lain.

Apakah itu "jangkitan mata"?

Jangkitan mata adalah satu penyakit mata yang disebabkan oleh bakteria, viral atau agen fungal. Ada beberapa jenis jangkitan mata, akibat dari sebab-sebab berlainan dan setiapnya memerlukan rawatan yang berbeza. Jangkitan boleh berlaku di mana-mana bahagian mata, sama ada  sebelah mata atau di kedua-dua belah mata. Ianya juga boleh berjangkit dengan semua  orang tak kira berapa usia mereka.

Jenis-jenis Jangkitan mata:
  • Pink Eye (conjunctivitis)
  • Stye
  • Blepharitis
  • Cellulitis
  • Keratitis
  • Corneal Ulcer
  • Trachoma
  • Virus Herpes Simplex
  • Herpes Zoster (shingles)
Tanda-tanda Jangkita mata:
  • Kemerahan mata
  • Rasa gatal di bahagian mata
  • Rasa tidak selesa
  • Penglihatan jadi kabur
  • Air mata berlebihan
  • Sakit mata
  • Bengkak di kelopak dan bahagian sekitar mata
  • Pengulasan di kelopak mata
Rawatan jangkitan mata:

Perkara paling penting bila kena jangkitan mata, adalah untuk pergi jumpa doktor untuk pemerikasaan dan diskripsi rawatan yang betul. Dapatkan nasihat dari doktor tentang punca penyakit dan cara untuk mengelak penyakit ini berjangkit kepada orang terdekat.

Antara perskripsi rawatan mata yang biasa termasuklah pelindung mata, air titis mata, krim dan antibiotik. Rawatan adalah berbeza mengikut jenis-jenis jangkitan mata yang berlaku, ada yang mungkin perlukan perhatian segera dan khusus dari doctor. Anda mungkin dinasihtkan supaya menjauhi tempat yang ramai orang, memakai pelindung mata dan menyapu krim anti-jangkitan.

Masa untuk pulih juga bergantung kepada sebab dan jenis jangkitan, ada yang memerlukan beberapa hari, dan ada sampai berminggu. Kalau penyakit masih tak sembuh malah semakin teruk, lebih baik anda berjumpa dengan pakat mata dengan segera.


Bagaimana mengelak jangkitan mata:

Terdapat jenis-jenis jangkitan mata yang lebih mudah untuk berjangkit. Jika anda mempunyai jangkitan mata atau berada dekat dengan seseorang yang terkena jangkitan mata (seperti  suami, anak, ataupun rakan sekerja), gunakan tip-tip berikut untuk mengelak jangkitan merebak:
  • Kerap membasuh tangan, dan dengan cara yang betul (cara terbaik dan efektif).
  • Elakkan dari menyentuh muka dan mata.
  • Elakkan alat solekan mata, jangan kongsi alat solekan mata.
  • Jangan kongsi tuala, bantal, dan lain-lain pakaian. Gunakan pakaian bersih setiap hari.
  • Jika terkena jangkitan, elakkan memakai kanta lekap.
  • Jangan kogsi ubat rawatan mata, dapatkan nasihat dari doktor.
  • Sentiasa jaga mata dalam keadaan berangin, panas, berhabuk dan keadaan cuaca yang teruk.
  • Pakai cermin mata keselamatan ketika dekat dengan bahan kimia.
  • Basuh tangan sebelum dan selepas, jika menyentuh mata orang lain.
  • Laporkan dan jumpa segera doktor terdapat tanda-tanda jangkitan mata.

JAGALAH KESIHATAN ANDA, HIDUP SECARA SIHAT.

Sumber:  
EyeHealthWeb - http://www.eyehealthweb.com/conditions/eye-infections/
ALL About Vision - http://www.allaboutvision.com/conditions/eye-infections.htm


Sedihnye aku yang kene sakit mata nie.. huhuhu..
Dari hari SABTU, sampai la ke hari nie...
Macam malas pulak nak pergi klinik..
huhuhu...

Mood : Rehatkan mata.. Pejam la kot.. hahaha

~Love Peace Unite~

Thursday 22 August 2013

Taska lagi...

Assalammualaikum,

Cerita taska kembali lg...
Kejadian yg aku jangka akan berlaku, berlaku lagi..
walaupun aku dah tegur org taska tu...

kali nie aku amik anak aku time petang, anak aku xpakai stoking(rilek iM). Nak kate xbg stok stoking, ade 3 kat dlm beg tu.. pelik2... Aku pn balik dengan berhati2 sbb smlm Eirfan mcm mengantuk, so kene bwk slow2.. kang meragam lak die...

Bila sampai rumah, ade kejadian lain lak... Aku check beg Eirfan, ade 2 bende hilang @ org taska xbagi iaitu baju Eirfan(opah die bagi) dan tuala (aku syak tuala die org taska simpan). Pagi tadi bile hantar Eirfan, aku tanye la org taska tu.. rupe2 mmg xde 2 barang tu. Baju die kate die xtau (padahal aku rase die salah letak kat beg org lain) dan tuala die kate aku xde bagi (padahal die jgk bg hilang). Bese la bende2 mcm nie.. compom2 la akan hilang. So kene la beli byk2 n letak name Eirfan besar2 kat brg2 die lepas nie... hahaha

~~Love Peace Unite ~

www.myviempire.com

herm...
entry kali nie berkenaan domain club aku yang dah kene rembat ngan mane punye manusia ntah...
bengang tul...
asal la ko nk amik name domain club aku nie..
club ko pun same name ke ape??

aish.. xphm lak aku..
xpe la...
buat yang baru..
tapi yg xsedapnye, byk stiker la kene tukar...
huhuhu...

tetibe rase mcm xtau nk tulis pe.. hahaha

Majlis Sambutan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan KKM, 2013

Assalammualaikum,

Baru selesai majlis sambutan @ open house KKM 2013.

sedikit gambar untuk tatapan..

Pentas Utama

Dapat bendera Free!!!

Penin kepala tengok evaluation form.. hehe

YBMK sedang berucap

  
Menu HANGAT!!!!

Tak perlu cerita ape yang jadi kat sini.. sapa yang pergi, die tau la ape yang jadi...

Wednesday 21 August 2013

Taska Owh Taska....

Assalammualaikum...
Selamat pagi...
Entry hari ini adalah berkenaan dengan Taska..

Sekarang tengah kecoh pasal budak kene kurung dalam stor dekat taska...
Mase cerita nie keluar, trus aku dapat phone call dari mama aku...
Die tanye taska tu taska Eirfan ke bukan. Aku jawab la bukan sebab taska yang dalam cerite tu taska kat presint 14, Eirfan aku hantar dekat taska Desa Pinggiran Putra.

Ok lah, nk cerite ape yg dah jadi so far selame aku hantar Eirfan dekat taska.

Setiap malam wife aku akan packing barang2 untuk Eirfan mcm baju(3pasang), stoking(3 pasang), pampers(6 keping), kain lampin(3 helai), tuala, botol susu dan barang2 mandi serta bedak.

Macam biasa pagi2 kami berdua akan hantar Eirfan dekat taska dan pada sebelah petang aku yang pergi amik Eirfan sebab wife aku mmg akan sampai lambat (maklum la, keje jauh nun kat KLANG). So ape yg aku perasan dalam beberapa hari nie, Eirfan akan pakai stoking yang sama die pakai time kiteorg hantar time pagi tu. Selain tu, aku xnampak langsung kesan bedak kat badan, tengkuk n muke Eirfan.

Yang menjadi tanda tanye sekarang ialah, dieorg xletak bedak ke dekat Eirfan lepas mandi sebab bedak yang aku bg tu xdibuke pn. Aku paham la dieorg mandikan Eirfan awal tp xkan la xde terus kesan bedak dekat Eirfan??

Selain dari tu, kenape xtukar stoking Eirfan lepas mandi? Wife aku dah letak 3 Stoking tp 1 pn x digunakan. Pelik2. Memang la budak xde pijak pape tp kalau boleh bile dah mandi, semua tukar baru la. Kite sebagai org besar pn lepas mandi mesti nak pakai semua yang baru basuh. Tul x?

Tapi xpe la.. janji Eirfan dijaga dengan baik. Aku risau kalau aku komen byk sangat, anak aku pulak kene kurung dalam stor.. hehehe... Keep up the good work. Anda menjaga anak saya dengan baik. Terima kasih. Lebih kurang mintak halal la yer...

~Love Peace Unite~


Tuesday 20 August 2013

Cara-cara memilih Buah Tembikai

Assalammualaikum,
Sedikit perkongsian ILMU berkenaan cara2 untuk memilih buah tembikai...



Open House KKM

Assalammualaikum...
Dah abis puasa 6 ke belum?
kat sini nk share sikit pasal open house KKM...
seperti2 tahun sebelum ini, open house KKM akan dibuat dekat daratan parking diantara blok E7 dan E6...
TAPI, tahun nie venue dah bertukar ke tempat parking kereta di belakang auditorium...
wow!! makin ramai la yg datang n makin cepat la makanan abis...
Seperti biasa, makanan tak cukup bile pn akan jadi isu pada majlis2 macam nie..
maklum la... yang datang sume jenis lapar(lebih kepada tamak haloba).. hehehe
So kalau name pn OPEN HOUSE, semua skali la kn leh datang n makan...
so tunggu je la esok mcm mane....
compom2 akan ade BAS NADI PUTRA berhenti tepi jalan.. (hehehe.. gurau je)

Ok la...
Semoge kite semua dapat merasa rezeki yang akan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi.. xdpt byk, dpt sikit pn jadi la...

Sambutan Hari Raya kali nie bergabung dengan Sambutan Hari Kemerdekaan....





Taska Ummu Yasir Desa Pinggiran Putra

Assalammualaikum...
19/8/2013 -
Hari pertama hantar Eirfan ke Taska...
Mula2 macam berat hati je nak hantar sebab macam kurang percaya dengan taska nie.. tapi nk buat mcm mane... Tawakal je la...

Malam sebelum tu saya dengan wife sibok la kemaskan persiapan utk Eirfan.. Dekat 2 beg jgk la.. Maklum la.. First time hantar... Abis sume nk masukkan dalam beg.. hehehe...

Pagi2 jam 6.50pagi kami bertiga keluar rumah.. time tu standard la Eirfan tido lg.. letak dalam car seat pastu kami gerak la ke taska... Sampai je kat taska, Eirfan bukak mata.. Macam tau2 je nk tinggalkan die.. hehehe..

Masa mula2 serah tu, Eirfan mcm dah nk nangis.. Tapi berjaya ditenangkan oleh pengasuh name Nurul (rasenye la.. hahaha)... Baru nk pusing, Eirfan muak susu kat pengasuh.. hehehe.. sian pengasuh tu.. kire mcm salam perkenalan la kat pengasuh tu...

kami pn pergi la kerje... dalam hati asyik tgk HP je takut2 la pengasuh call bgtau Eirfan menangis ke ape ke... Tengok2 sampai ke petang xde pape... Abis time keje terus la pergi taska... Sampai2 je pengasuh kate Eirfan baru bgn tido.. terus la tanye mcm mane Eirfan, ok ke x... Pengasuh kate Eirfan bgs.. Senang jage (Alhamdulillah)... pastu pengasuh kate Eirfan suke mandi.. hehehe... (Eirfan mmg suke mandi.. die suke main air)....

Gambar Eirfan xsempat lak nk transfer ke pc... Next entry la post gambar2 Eirfan kat taska...

Ini la taska Eirfan...

Monday 19 August 2013

Gadget oh Gadget....

Mana 1 pilihan hati...

HTC ONE X

Samsung Note 2

Samsung Note Tab 10.1
Argh!!!

Stress lak...
sume ade pros n con...

Budget xde masalah...
masalah skrg mane pilihan yg terbaik??
yg bile kite bile, BERBALOI2...

ceh... penin2 mcm nk pilih calon bini lak....
hahahahaha...

Myvi Empire Motorsport Club

Myvi Empire adalah sebuah kelab permotoran dimana ahlinya menggunakan kereta Perodua Myvi dan pada awalnya dikenali sebagai Myvi Empire Club, asalnya ditubuhkan pada tahun 2009,pada awalnya hanya terdapat 22 ahli seluruh Malaysia. Bagaimanapun pada harini ini Myvi Empire telah berkembang serata Malaysia mahupun di Semenanjung atau di Sabah dan Sarawak.

Teradapat beberapa kawasan pembahagian yang diwakali oleh ahli Myvi Empire antara Central,Southern,Northern,Eastern,Sabah dan Sarawak

Kini Myvi Empire dikenali sebagai Myvi Empire Motorsport Club dan telah didaftarkan dibawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia dibawah kelolaan Kementeria Belia dan Sukan Malaysia dengan no pendaftaran badan sukan No: PJS 5128/2012. Tertubuhnya kelab ini dalah untuk mengabungkan semua pemilik Perodua Myvi dibawah satu nama.

Anatara objektif dan fungsi kelab yang termaktud didalam perlembagaan :

Untuk merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan permotoran dikalangan ahli-ahli
Untuk mempromosi,menggalak dan membangungkan sukan permotoran di peringkat kelab
Untuk memilih atlet bagi mewakili kelab dalam mana-mana pertandingan sukan permotoran
Bertindak merapatkan hubungan silaturahim sesama ahli walau dimana jua
mewujudkan dan memberi kesedaran ke atas kepentingan peraturan undungan-undang sukan permotoran dikalangan ahli
mengadli kursus dan latihan dikalangan ahli

Bagi mereka yang ingin menjadi sebahagian dari "Family Myvi Empire" anda perlulah mengisi borang,dan borang boleh dihantar kepada setiap HOR ( Head of Regions ) untuk diserahkan kepada Pesuruhjaya Sukan.Tunggu apa lagi mari sertai "Family" Kami.
1 FAMILY..1 SUARA..1 HATI.


1 Happy Family Time RAYA!!!

Assalammualaikum...

Pertama sekali sebelum terlambat, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. Maaf Zahir dan Batin..

Maaf la dah lame xupdate blog nie..
Bukan BZ pn, tapi kene block kat opis nie..
APTB!!

Sedikit Gambar sempena hari raya untuk tatapan kawan2...

enjoy...

Eirfan seronok mama die bagi duit raye.. hehehe

Hari raya pertama pakai hijau...

Tq Mak yang sbb tolong pegang Eirfan...

Berapa la duit raya aku tahun nie ek?? hehehe

Nie raya ke 3 kot.. xde tema.. main bedal je.. hehehe
 Nanti akan ku upload n post lagi mcm2 dalam blog nie(kalau xkene block la)..

~Love Peace Unite~